Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?
Saya tak fikir isi Laporan Penilaian oleh Lembaga Penilai Manuskrip DuBook yang menyatakan bahawa manuskrip terbaharu Faisal Tehrani ini bebas Syiah sepenuhnya itu penting kerna soalan Mustaqim menampar saya selama 3 minggu yang berbunyi;
“Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?”
Tetapi yang lebih penting, manuskrip ‘Bagaimana Anyss Naik Ke Langit’ ini membuktikan fungsi ‘sastera’ dalam berpihak kepada masyarakat tertindas untuk melawan tirani. ‘Sastera’ tidak pernah dan tidak mungkin, berpaut dan bergayut di dagu pak menteri. Ini jelas melalui watak Ratu Sago;
“Dia dirogol berkali-kali. Setelah lembik, dia dimasukkan ke dalam sebuah prahu dan dihanyutkan di Sungai Melinau. Ketika itu berkalu, ada seekor belengang bertenggek di atas pohon jati memerhati. Ratu Sago tahu, ada roh orang mati datang melihat. Dan sejak itu Ratu berazam, untuk melaknat semua penjahat pembalak dan penguasa sepenuh hati. Dia mengidam untuk menjadi pennakoh. Dia akan memburu mereka.
Profesor Anyss masih ingat ayat akhir Ratu Sago dalam interbiu yang sulit dirakamnya itu; ‘Pantat aku koyak. Pantat aku sakit.’
Memang kata-kata itu mengejutkannya. Tetapi perempuan Penan diperkosa. Dan seluruh negara tuli tidak mendengar. Tiada suara pembelaan. Seisi dunia tidak mendengar,”
RM18.00
Out of stock
Description

Publisher: Dubook Press
Paperback
2014
ISBN: 9789670723013