Catatan
Bagaikan kuisan-kuisan berus yang kasar dan halus, silang-menyilang di permukaan kanvas – tak perlu siap atau disiapkan; begitu pulalah tulisan Latiff Mohidin lewat Catatan ini. Biarpun berkisar sekitar pengalaman harian serta ditulis secara ringkas dan bersahaja, kita seolah-olah digamit supaya mengikuti beliaumenelusuri pelbagai cabang sastera, baik lokal mahupun global, di samping mengenal sosok-sosok sastera sasterawan tersohor.
Catatan Latiff ini bukan sekadar bernostalgia tentang dunia sastera dan seni seputar tahun 70-an, malah secara jujur dan bermaruah memaparkan pandangan, gagasan serta harapan beliau terhadap hala tuju dan tradisi kecemerlangan kesusasteraan Malayu. Dengan menekuni Catatan ini, minda kita diajak berfikir supaya bersama-sama terus membajai dan mewarnai pelbagai cabang sastera tanah air.
RM45.00
Out of stock
Description

Publisher: Maya Press Sdn. Bhd.
Paperback
2010
ISBN: 9789832737476