Infrastruktur: Naratif Seni Rupa Malaysia Jilid 3

Jilid ketiga dari siri Naratif Seni Rupa Malaysia ini, berjudul Infrastruktur, meneliti perkembangan struktur-struktur yang mendokong seni dan apresiasi seni di Malaysia. Merakam sebahagian dari sejarah dunia seni rupa tempatan sepanjang pertumbuhannya selama berdekad-dekad, jilid ini turut menyorot situasi infrastruktur kita pada hari ini, seraya mendokumen topik-topik penting yang berkait dengan institusi seni, inisiatif kelolaan artis, pasaran seni, pendidikan seni, dan penulisan serta penerbitan seni.

Di dalam jilid ini, pelbagai kelompok berkongsi pengalaman mereka serta cabaran yang ditempuhi mereka dalam usaha membina sebuah persada seni Malaysia yang subur lagi dinamik, selain menyuarakan harapan serta aspirasi mereka demi masa hadapan dunia seni tempatan.

Merakam sesi-sesi sidang meja bulat dan perbincangan di antara pihak-pihak yang berkepentingan di dalam dunia seni tempatan, jilid ini turut menampilkan berbagai-bagai wawancara, artikel pilihan, ulasan, pemetaan, kaji selidik dan lain-lain data yang dapat menyediakan maklumat serta perspektif yang bermanfaat untuk para penggubal dasar kebudayaan dan semua pihak yang terlibat dalam dan berminat dengan kehidupan kebudayaan di Malaysia.

RM45.00

3 in stock

Categories: , ,
Description

Publisher: Rogue Art

Paperback

2016

ISBN: 9789671001165