Landskap Kembara: Perjalanan Rencam Seniman

SuaraSuara, suatu penerbitan imprint R A Fine Arts berhasrat untuk menghadirkan SuaraSuara generasi baru yang diekspresi dalam bentuk fiksyen, puisi, foto, lakaran, esei-esei perjalanan dan seumpamanya. …Landskap Kembara: Perjalanan Rencam Seniman adalah suatu upaya ke arah itu. Melalui Landskap Kembara, kita dapat membaca tulisan penulis-penulis baru seperti Intan Rafiza, M.F. Nasution, Masnoor Ramli Mahmud, Ameruddin Ahmad, Tabosha Maddijee dan lain-lain. Namun kita juga ikut sertakan penulisan seniman mapan seperti Siti Zainon Ismail, Nisah Haron dan Rhimidin Zahari. Destinasi-destinasi yang dituju merangkumi negara-negara Indonesia, Cuba, Afganistan, Australia, Afrika Selatan dan Filipina. …penulis memperihalkan kembara yang bukan semata bersifat perjalanan fizikal tapi lebih kepada pengalaman melihat, merenung, dan berfikir semasa menangkapi suasana dimana mereka berada.

RM22.00

1 in stock

Description

Publisher: R A Fine Arts 

Paperback

2013

ISBN: 9789675277269