Pedagogi Bahasa Tertindas

Author:

Manuskrip ini muncul untuk menyatakan bahawa kesan perlaksanaan dasar PPSMI lebih besar dari pencapaian murid dalam subjek Sains dan Matematik sahaja. Dasar ini akan mewujudkan kesan makro terhadap polarisasi kaum. Jurang di antara masyarakat bandar dan luar bandar akan semakin melebar, sebahagian besar masyarakat luar bandar berpotensi untuk ‘marginalised’, di akhirnya akan membentuk semula masyarakat ‘pecah-dan-perintah’

Manuskrip ini dibina secara epistolari, menerusi surat-surat yang dihantar oleh tiga watak minimalis iaitu Dr Hussein Taha, anaknya Widya Wassini dan juga anak saudaranya iaitu Zulfa Ali serta ayah kepada Zulfa dan adik kepada Dr Hussein iaitu Datuk Farid Nasr.

Saya menggunakan ‘manuskrip’ berbanding ‘novel’ untuk menggambarkan isu yang masih belum selesai walaupun PPSMI telahpun dimansuhkan. Pesan Buya Hamka di dalam bukunya Falsafah Hidup;

’Sebagaimana terpandang hina dan terpencil dari masyarakat orang yang meninggalkan bahasa ibunya atau bahasa tanah airnya yang dengan dia lidahnya lebih sanggup menerangkan segala perasaan hatinya, lalu meminjam bahasa dan loghat orang lain semata-mata kerana hendak menjadi megah, padahal bahasa asing itu tidak diketahuinya sampai kepada dasarnya; maka lebih terpandang hina lagi manusia yang melebihi daripada kekuatan dan kesanggupannya, atau memilih yang sebenarnya bukan pakaiannya.’ 

RM20.00

Categories: ,
Description

Publisher: Dubook Press

Paperback

2013

ISBN: 9789671209424