Terima Kasih Si Babi Hutan (Tuhan Kini Aku Datang)

“Terima Kasih Si Babi Hutan…Tuhan Kini Aku Datang” adalah perjalanan surreal dan nyata Ismail Ariffin @ Lepat saat dia berada dalam amukan kegilaan merempuh dugaan bertimpa yang mengasak jalan takdir hidupnya sembilan belas tahun dahulu. Siri-siri hikayat “Al-Kisah Mereka Tak Kisah” ini telah dia tulis sejak dari tahun-tahun berikutnya yang naskah asalnya telah beberapa kali hilang, dibakar orang, ditulis dan hilang lagi hingga yang tersisa hanyalah apa yang ada di fikirannya sahaja. Setelah mengambil keputusan untuk men’sabatikal’kan dirinya ke sebuah pulau akhirnya naskah lengkap ini berjaya juga disiapkan.

Ia juga adalah medium asal tulis tangan sebelum adanya Facebook dan YouTube sebagai wadah bagi dia meluahkan amukan akal fikirannya serta menjelaskan pada umum (selain membuat sebuah album lagu yang tak pernah dirilis sepenuhnya) tentang apa yang telah terjadi padanya kerana dia sudah lelah dengan tohmahan serta ketidakpedulian mereka-mereka yang seharusnya membela nasibya saat itu.

“Nak tau kesemua beli la buku ni, bukan berapa det pun, tak kena GST aihh, sapa tak beli rugii…abih ceritaa.” Kata dia saat diminta pendapat tentang “blurb” buku ini.

Haramm sungguhh..kata aku!

RM20.00

Out of stock

Categories: , ,
Description

Publisher: Dubook Press

Paperback

2015

ISBN: 9789670723297