Kebangkitan Gerakan Islam Dalam Fenomena Arab Spring

Author:

Arab Spring telah mengubah lahan dunia Arab, juga Afrika Utara dengan tumbangnya satu peresatu regim tirani yang memerintah puluhan dekad umat Islam di kaki anak muda pemberani. Perubahan politik yang meruak pintu ruang demokratik akhirnya memberikan impak yang besar terhadap gerakan Islam yang menjadi tenaga penggerak seruan pembebasan. Gerakan Islam amat penting mewarnai sejarah Islam abad moden dan daripada beberapa sudut, dapat dilihat sebagai sebahagian daripada pusingan gerakan kebangkitan yang berulang dalam sejarah dunia.

Tunisia memulakan wisel, larian pantas di medan Tahrir Kaherah, melaju ke Libya, terus menerjah gawang Syria. Sokongan hangat di Bahrain, Yaman, Algeria, juga tangisan kegembiraan di Gaza yang menunggu saat kepungan akan terbarai dengan kebangkitan Arab yang melanda Asia Barat. Dunia sedang memerhati dengan penuh debaran, bagaimanakah rantau konflik ini selepas pintu demokrasi dibuka, berdayakah gerakan Islam atau hanya menjadi pemain simpanan untuk panggung politik yang semakin meriah.

Buku ini cuba merencahi gambaran dan cabaran rantau itu dan gerakan Islam sebagai pemainnya. Buku ini akan membedah dan mengartikulasi perjalanan serta cabaran gerakan Islam di rantau Asia Barat dan Afrika Utara selepas meranumnya cuaca demokrasi di rantau berdarah itu. Persoalannya, mampukah Islam dipraktiskan dan menjadi rujukan utama dalam polisi awam?

RM20.00

Category:
Description

Publisher: Jundi Resources

Paperback

2012

ISBN: 9789675968242