Kemenangan Yang Tertangguh

PRU13 hakikatnya milik Pakatan Rakyat. Malangnya beberapa kelemahan yang tidak sempat diperbaiki serta pengendalian pilihan raya yang masih tidak sepenuhnya adil dan bersih menyebabkan kemenangan Pakatan Rakyat tergendala.

Buku ini mempersembahkan analisis keputusan PRU13 secara makro serta secara mikro iaitu rumusan umum bagi trend pengundian mengikut kaum dan geografi pengundi di samping menyentuh secara khusus pada beberapa kerusi tumpuan dan tokoh tertentu. PRU13 bukan hanya penentu survival parti-parti bertanding malahan ia juga menentukan kelangsungan karier politik beberapa orang ahli politik tersohor. Selain itu, buku ini juga merakam kembali isu-isu yang paling hangat dimainkan sepanjang tempoh kempen. Beberapa isu berbangkit juga diperincikan dengan harapan pimpinan Pakatan Rakyat dapat mengambil langkah memperbaiki.

Paling mustahak, dalam hampir setiap analisis yang dibuat, penulis mengusulkan beberapa cadangan bagi menjana kemenangan dalam PRU akan datang. Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) selaku parti tunjang Melayu Islam perlu mengakui kelemahan yang masih membelenggu. Kelemahan perlu diatasi segera agar pahit jadam kekalahan tidak lagi terpaksa ditelan. Dengan keterbukaan semua pihak, kemenangan yang tertangguh akan dapat digapai dalam pilihan raya umum akan datang.

RM20.00

Out of stock

Categories: , ,
Description

Publisher: Megamind Leadership Consultancy

Paperback

2013

ISBN: 9789671196908