Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara

Author:

DUA WAJAH ialah catitan pengalaman Syed Husin yang ditahan hamper enam tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau ditahan berikutan demonstrasi pelajar yang menyokong petani-petani Baling dan membantah kemiskinan serta kenaikan harga barang pada tahun 1974.

Selepas ditahan hampir dua tahun di Kamunting, beliau dikurung secara berseorangan selama enam bulan ditempat yang tidak diketahui di Kuala Lumpur. Semasa itu, beliau disoal-siasat dan dikenakan berbagai-bagai penyeksaan serta deraan.

Beliau cuba dibabitkan dengan beberapa orang tokoh politik serta wartawan yang telah ditahan atas tuduhan terlibat dengan apa yang didakwa sebagai “konspirasi komunis” di Singapura dan Malaysia. Yang menarik perhatian ialah percubaan untuk membabitkan juga beberapa orang pemimpin kanan UMNO ketika itu, termasuk Dr. Mahathir.

DUA WAJAH menarik kerana pengalaman peribadi dikaitkan dengan beberapa latar belakang social dan politik pada masa itu.

RM20.00

5 in stock

Description

Publisher: SIRD

Paperback

2008

ISBN: 9789833782581